URUSKAN PERNIAGAAN
Dino-dino dolan,
Karo dolan tuku kendil,
Dino iki Karo dolan,
Tuku jangen karo kendil.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ruby saja je coret pantun Jawa. Bahasa ibunda Gusti Puteri Gunung Ledang.Pandai -pandai la anda terjemahkan.
Ruby ingin coret pasal bisnes ni.Bagaimanakah Cara bakal peniaga menguruskan perniagaan?
1) FOKUS
Setiap organisasi pasti ada peraturan dan displin.Displin dalam berniaga perlu diamalkan. Fokuskan jualan kepada siapa dan apa barang yang hendak dijual.Pengurusan kewangan sangat penting, fokuskan peratus modal dengan pulangan jualan
Misalannya, produk Mahkota Dewa difokuskan kepada ayah yang bekerja untuk menghilangkan kepenatan dan mencegah penyakit.
2)OBJEKTIF
Matlamat insan berniaga adalah mendapat sesuatu dan kepuasan. Objektif bagi setiap peniaga pastilah ingin mendapat untung. Objektif yang lain untuk mendapat kepuasan. Selain itu, peniaga hendaklah mempromosikan produk yang berkualiti supaya pelanggan mendapat kepuasan yang maksimum.
3)PRODUK
Barang apa yang ingin dijual?Jika ada permintaan maka ada produk yang ingin diniagakan. Misalanya, permintaan makanan sentiasa ada.Pelbagai produk boleh dijual mengikut demografi pelanggan tersebut, ikut kecenderungan pelanggan maka ada produknya.
4)SASARAN PELANGGAN
Hala tujukan pelanggan anda.Insan yang bijak pasti akan fokus pelanggan yang ingin disasarkan. Contohnya, beg berjenama untuk golongan berada dan bekerjaya. Pastikan produk itu ada kaitannya dengan kehendak pelanggan.
5)SASARAN KEUNTUNGAN
Insan yang berniaga pasti inginkan keuntungan. Bergantung pada modal yang ingin dilaburkan. Ada modal kecil untung besar. Hehehe jualan maya mendapat perhatian netizen seperti menjual minyak wangi berjenama di pasaran maya. Pastikan bila berniaga ada untung, bergantung pada budget dan peratus keuntungan. Pengurusan kewangan sangat penting dalam perniagaan.
Setakat di sini coretan Ruby. Kalau ada persoalan dalam benak Ruby akan Ruby coretkan di blog ini. Hehe🙌🙌🙌🙌
Comments
Post a Comment