HARGA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera:
Kabare kabeh kancanku???
Selamat berpuasa kepada semua sahabat alam maya.Emosi Ruby tak berapa stabil sebab tu kene mam ubat. Hehe melalut pulak.
Ok hari ini Ruby ingin mencoret tentang harga. Harga diri mesti dijaga ea. Hehe , harga produk di pasaran meningkat secara mendadak menyebabkan kos sara hidup semakin meningkat.
Pada pandangan Ruby, harga adalah suatu angka atau nilai yang menentukan kualiti sesuatu jenis produk berdasarkan modal seunit barang yang telah dilaburkan dari bahan ke proses menjadi produk ditambah dengan sedikit nilai keuntungan untuk mengembalikan modal dan target sesuatu produk.
1)Market Skimming Pricing
Menentukan harga yang tinggi untuk produk baru untuk hasil yang maksimum oleh barisan pembeli daripada segmentasi yang sanggup membayar harga tinggi , syarikat akan mencipta keuntungan yang maksimum.
Harga Pasaran ini akan memperincikan harga tertinggi berdasarkan hasil berfungsi apabila
a.....Mempunyai kualiti tinggi beserta imej yang baik.
b.....Mempunyai sasaran pelanggan yang cukup.
c.....Pesaing tidak boleh merubah harga rendah.
2)Market Penetration Pricing.
Menentukan harga rendah untuk produk baru dengan kuantiti yang banyak untuk menarik perhatian ramai pelanggan dan perkongsian pasaran yang tinggi.
a......Harga pasaran yang sensitif.
b......Kos yang tinggi
c......Persaingan
d......Kawal selia harga rendah.
Pelbagai teori dalam perniagaan yang Ruby belajar, malah banyak lagi ilmu Ruby tidak tahu. Pelbagai strategi untuk memberi harga sesuatu produk. Kita berniaga pasti nak untung jadi harga barang pastikan tidak merugikan perniagaan kita ea.
Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya dari Ruby.
Sampai disini sahaja coretan Ruby nanti Ruby akan tulis lagi pasal asas perniagaan .
😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍
Comments
Post a Comment