LUAS LAGI ILMU PEMASARAN

Hai semua saya ingin bercerita mengenai  pemasaran lagi. Walaupun macam bosan je catatan saya. Saya akan cuba memperbaiki lagi coretan saya.



KEPERLUAN , KEHENDAK DAN PERMINTAAN PELANGGAN
       Pelanggan memerluan keperluan asas seperti pakaian,makanan tempat tinggal dan perlindungan . Pelanggan juga memerlukan keperluan sosial antara masyarakat. keperluan individu juga diperlukan iaitu ilmu dan kendiri.
Kehendak ialah berdasarkan budaya dalam masyarakat dan keperluan berasaskan personaliti seseorang .
Bila ada kuasa membeli kehendak menjadi perhatian.


 TAWARAN PASARAN

 Kombinasi diantara produk, perkhidmatan, mengenai informasi dan pengalaman tentang menawarkan pasaran yang memuaskan pelanggan. Pelanggan menawarkan ciri-ciri produk dan perkhidmatan yang berkualiti untuk pelanggan supaya kepuasan dapat dicapai.

NILAI KEPUASAN PELANGGAN

Pelanggan yang mendapat perhatian dalam nilai kepuasan pelanggan apabila pasaran akan menawarkan penghantaran dan persepsi pelanggan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Pelanggan berpuas hati apabila membeli atau mengunakan perkhidmatan akan berulang kali membeli dan menceritakan kepuasan kualiti kepada orang lain.

PERUBAHAN DALAM PERHUBUNGAN PELANGGAN

Perubahan dalam perhubungan pelanggan akan menarik perhatian pelanggan mengenai produk atau perkidmatan. Hubungan yang baik dengan pelanggan meberikan pulangan yang lumayan dan memastikan pelanggan puas hati.


PASARAN

Pasaran ialah set dalam melihat potensi pelanggan kepada pembelian produk. Pasaran yang baik akan membina hubungan erat dengan pelanggan iaitu peniaga akan memberikan kualiti yang optomum supaya pelanggan puas dan nilai pulangan dapat ditingkatkan.


Saya suka perniagaan kerana urusan jual beli dilakukan setiap  hari. Walaupun dengan teori saya belajar pengalaman menghadapinya sangat penting supaya dapat diaplikasikan dalam lehidupan.



Comments