JOM KITA TAHU TENTANG PEMASARAN

Pemasaran: Menguruskan pulangan lumayan dengan hubungan pelanggan.
       

 Pemasaran sangat menarik bagi peniaga kerana asas pemasaran perlu dalam sewtiap peniaga untuk mengenali pelanggan. Pemasaran perlu kerana setelah mengumpul modal atau melaburkan sesuatu kewangan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Pemasaran bukan sekadar pasar tempat jual ikan sayur tetapi merupakan kemahiram=n asas dalam perniagaan.
Mari kita kenali pemasaran. Pemasaran adalah proses dimana syarikat atau organisasi mencipta nilai untuk pelanggan dan membina hubungan pelanggan yang kuat untuk mendapatkan nilai daripada nilai pulangan pelanggan atau penjualan produk atau perkhidmatan.


.Definisi Pemasaran

Apa sahaja yang dijalankan bagi:
i  . Menawarkan produk atau servis yang memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
ii . Memberi kepuasan berterusan kepada pelanggan agar sentiasa membuat pembelian secara ulangan.
iii. Melariskan dan meningkatkan prestasi jualan produk atau servis yang ditawarkan.
iv.Mengekal dan meningkatkan keuntungan kepada usahawan.


 Langkah pertama peniaga mestilah memahami kehendak dan keperluan pelanggan dan tempat pasaran yang akan beroperasi. Pelbagai langkah tentang  pemasaran:


  1. keperluan,permintaan dan citarasa pelanggan
  2. tawaran pemasaran ( produk dan perkhidmatan
  3. nilai kepuasan pelanggan
  4. perubahan dalam perhubungan pelanggan
  5. pasaran 


Pemasaran dalam perniagaan sangat diperlukan kerana menentukan nilai keuntungan dalam perniagaan. 
membina hubungan dengan pelanggan sangat penting kerana dengan perkhidmatan dan produk yang berkualiti pelanggan akan membeli berulang kali dan memberi tahu pengalaman kepada rakan-rakan lain supaya membeli.
 Sedikit perkongsian dari saya. Saya masih belajar walaupun tiada pengalaman dalam perniagaan kerana saya tidak dapat mengaplikasikan teori yang saya belajar di kolej. Saya sekadar mencoret untuk kengkawan semua. 

PERNIAGAAN ADALAH URUSAN YANG DIPERLUKAN DALAM MASYARAKAT. TANPA PERNIAGAAN TIDAK ADA EKONOMI DAN PERTUKARAN ANTARA MASYARAKAT.

Comments